| |

5 Tips Menulis Blog Untuk Newbie

5 Tips Menulis Blog Untuk Newbie ini diajar kepada PK oleh Tuan Hadihaizil. Beliau mempunyai pengalaman dalam penghasilan blog yang mesra pembaca lebih belasan tahun. Denaihati Network merupakan jenama yang beliau uruskan dari tahun 2008 sehingga kini. Sebenarnya beliau berada dalam dunia blogging sejak tahun 2004 lagi.

Tips blogging ini diajar secara asas kepada PK supaya PK dapat membaiki mutu penulisan PK dalam dunia blogging agar matlamat utama tercapai. Iaitu moneytize kan blog menjadi sumber pendapatan. Jom kita mula.


1. Kenali Sasaran Pasaran

Ini amat penting kerana kita perlu tahu siapa yang akan baca penulisan kita. Semakin kecil sasaran pasaran kita, lagi ramai yang akan mula mengambil bahagian didalam blog kita.

Contoh sasaran pasaran:

Sekiranya anda minat dalam bidang permotoran atau sukan, anda sudah mula boleh mengulas atau menerangkan sesuatu perkara dalam bidang itu.

Andai anda menulis secara am atau general, kemungkinan pembaca yang berulang mungkin sukar untuk kembali ke website anda untuk membaca semula. Kita perlu tahu raving fans kita.

2.Teknik Penulisan

Dalam hal teknik penulisan ini Tuan Hadihazil menerangkan beberapa point penting untuk kita ambil.

  1. Styling penulisan kita perlu kena dengan jiwa kita supaya ianya nampak lebih dekat dengan kita.
  2. Tulis apa yang sasaran pasaran kita hendak baca.
  3. Setiap perenggan akan nampak kemas dengan hanya 4-5 baris sahaja.
  4. Masukkan gambar. Supaya pembaca dapat rehatkan mata selain membaca tulisan.
  5. Jangan gunakan simbol-simbol pelik seperti anda menulis di FB atau Wechat.
  6. Gunakan tajuk atau ayat sesuai sekiranya hendak meletakkan link pada perkataan/ayat berbanding meletakkan “sila klik link”. Contoh: 3 Software Pemasaran Instagram Yang Anda Patut Cuba.
  7. Yang paling penting pastikan anda menulis entry blog baru paling kurang 3 artikel seminggu  atau 1 artikel 1 hari.

3. Gambar

Dalam mempercepatkan loading page bagi sesuati entry, Tuan Hadihaizil mencadangkan supaya anda menggunakan format gambar .jpg / .jpeg kerana gambar ini lebih ringan dan sesuai untuk blog anda.

Anda juga boleh mengubah kelebaran dan tinggi gambar anda dengan saiz ini 750 (lebar) x 300-400 (tinggi) gambar. Pastikan gambar anda dalam keadaan landscape supaya blog anda lebih cantik.

Selain itu, saiz gambar juga memainkan peranan cuba adjust saiznya kepada 100kb ke bawah.

Sekiranya anda menggunakan Windows anda boleh cuba install software Image Resizer For Window ini.

4. Theme dan Susunan.

Pastikan theme untuk blog anda adalah ringan dan clean tidak kisahlah anda menggunakan WordPress, Blogger atau Wix. Maksudnya disini, anda tidaklah perlu menggunakan terlalu banyak widget dan plugin yang terlalu banyak. Kerana kita nak pastikan webpage kita load dengan cepat dan pantas.

Sekarang ini terlalu banyak theme untuk yang clean,light dan responsive.  Anda boleh cuba seperti Teslatheme atau Studiopress.

5. Etika Dalam Blogging

Haaa. Ini part yang paling penting bagi menceburkan diri di dalam bidang blogging. Ramai yang salah guna kemudahan dan suka mengambil kesempatan. Ini adalah 5untuk anda.

  1. Jangan mencuri artikel orang.
  2. Jangan copy & paste.
  3. Jangan tulis perkara yang tidak elok.
  4. Jangan spam link blog
  5. Jangan sebarkan perkara yang tidak kita tahu kesahihannya

 

Artikel ini diolah semula oleh PK dan mengambil isi-isi penting dari Tuan Hadihaizil. Sekiranya ada yang ingin anda tambah dan baiki, boleh letak di komen atau Private Message di FB saya Muhammad Nizam.  Mulakan dengan apa yang ditangan, kalau tiada kemampuan untuk membuat website, anda boleh mulakan dengan percuma di Blogger.

“Make it Happen.”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *