|

Iphone 8 Mengalami Masalah Bateri Kembung.

Baru-baru ini ada laporan menyatakan bahawa Iphone 8 Plus mengalami masalah bateri kembung. Tidaklah sampai meletup seperti Samsung Galaxy Note 7 dahulu. Tapi kembung bateri ini membesar dan membengkak sehingga memecahkan paparan skrin.

Laporan ini bukannya merujuk kepada semua Iphone 8, hanya sebilangan kecil sahaja yang ada terjadi. McRumours melaporkan hanya ada 5 laporan kecil mengenai masalah ini berbanding jutaan unit yang telah berjaya dijual.

Apple menyatakan akan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kualiti produknya terjamin. Seperti yang kita sedia maklum di Asia hanya Hong Kong dan Singapura sahaja yang akan menjual Iphone 8 . Malaysia dijangka terima pada pertengahan November ini.

Jualan Iphone 8 ini bermula pada 22 September lepas. Pembeli dari Jepun, Magokoroo511 ,telah muat naik gambar Iphone 8 Plus yang baru sahaja dibelinya. Menurut beliau melalui twitternya, Iphonenya telah kembung sejurus selepas beliau membuka kotak telefon pintarnya.

iphone 8iphone 8

iphone 8

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi sekiranya anda ingin melihat harga Iphone boleh rujuk pada post ini SENARAI HARGA IPHONE OKTOBER 2017

 

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply