3 Mesin Bina Ayat Copywriting Yang Aku Guna.
Dalam bisnes, pembinaan content sangat memerlukan pembinaan ayat-ayat yang sesuai dalam menarik prospek untuk singgah.
Tak kisah content video, content gambar, content artikel mahu pun ayat copywriting.
Tapi lama-lama akan rasa tepu atau orang panggil art block sebab tak mampu dah nak fikirkan ayat-ayat copywriting yang boleh menghasilkan jualan.
Lepas tu pergi belajar macam-macam teknik tambahan sampai sebenarnya rasa tak pernah cukup ilmu tu.
Macam mana aku tahu? Aku pun pernah berada dalam situasi tu. Sebab tu aku mencari ‘pembantu’ dalam pembinaan ayat copywriting.
Jadi aku nak kenalkan kepada korang 3 tools yang aku guna untuk bantu aku buat ayat copywriting dan juga skrip video. Oh ya, 3 tools ni adalah hasil binaan orang Malaysia sendiri.
Jom teruskan membaca.
1. CiptaSalin
Paparan Muka Yang Simple
Serius aku cakap, agak mudah sekarang ni dengan pembahagian kategori yang berbeza. Untuk makluman korang ada lebih 21 kategori ataupun bahagian yang boleh kita guna dalam apps CiptaSalin.
Yang lengkapkan CiptaSalin ini adalah dia boleh bantu menciptakan avatar, demografi, ayat copywriting dan yang bestnya dia ada split test untuk ayat copywriting.
Extranya CiptaSalin mempunyai alat untuk janaan gambar Ai.
Ayat Copywriting Hasil Dari Ai
Setakat ini, output dari CiptaSalin sangat cekap dan efisyen. Tapi perlu diingatkan bahawa penghasilan menggunakan Ai masih perlu lagi bantuan daripada manusia.
Ada banyak jenis format dan teknik ada dalam ni yang boleh korang explore.
Mahal ke CiptaSalin ni?
Dari segi harga langganan pula, CiptaSalin memberi harga yang mampu milik iaitu bermula pada harga RM 49 untuk newbie, RM 77 untuk intermediate marketer dan RM 199 untuk advance marketer.
Masih lagi dalam julat yang mampu milik.
Jangan risau, dorang ada je Free Trial. Klik kat je kat sini.
2. KopiPen
Pengenalan AI dalam Copywriting
KopiPen adalah produk baru dalam pasaran sekarang ini, dan banyak mengetengahkan terus untuk membina ayat copywriting ikut style marketer sekarang.
Jika nak dibandingkan dengan CiptaSalin, Kopipen mempunyai lebih kawalan dalam penghasilan ayat copywriting yang dibuat oleh artificial intelligence mengikut funnel.
Alah takkan korang tak tahu funnel? TOFU,MOFU dan BOFU tu.
Cuma KopiPen tak banyak pilihan tools seperti CiptaSalin.
Paparan Muka yang Moden
Kopipen punya interface agak catchy dan nampak lebih moden. Dengan ikon yang pelbagai warna, susunan yang ringkas dan padat.
Jadi tak susah nak cari kategori dalam nak buat copywriting.
Sama seperti CiptaSalin, banyak juga framework pembinaan ayat copywriting yang sesuai untuk diguna pakai.
Ada juga yang disumbang daripada internet marketer Malaysia seperti Rahim Ibrahim dan Fendi Mohd.
Harga KopiPen?
Dari segi harga langganan yang ditawarkan oleh KopiPen masih lagi dalam julat yang mampu milik.
Bermula daripada RM 29 untuk marketer newbie yang tak banyak guna, RM 49 untuk intermediate marketer dan RM 99 untuk marketer yang advance.
Ya, KopiPen juga ada menyediakan trial untuk korang test-test dulu sebelum subscribe.
Korang klik je kat sini untuk FREE TRIAL.
3. TulisAds
Lain Daripada Dua Platform
Bagi aku, TulisAds ni ibarat personal projek dari Sifu Abdul Rahman. Kenapa aku cakap macam tu?
Dalam tu ada dua version of kesesuaian ayat copywriting. Ada template hasil daripada pengalaman dan penggunaan beliau.
Kedua adalah penghasilan daripada Artificial Intelligence. Yang mana ini memerlukan token langganan.
Macam Guna Words je.
Interface dia sangat simple. Jadi takdelah fikir banyak sangat terus direct je minta template copywriting.
Sekarang ni ada lebih 300 jenis template copywriting yang beliau share dalam tu. Banyak jugak lah. Jadi tak perlu risau sangat.
Korang cuma pilih dan adjust ikut produk ataupun servis korang. Lagipun dalam tu beliau ada juga buat perkongsian pemasaran dan lain-lain lagi topik.
Jadi Ada Pakej Tak?
Dia offer lifetime pakej dan ada group support. Macam sekarang, nak beli tools ini adalah berharga RM 197 untuk lifetime.
Manakala untuk penggunaan Ai dalam pembinaan ayat copywriting memerlukan pembelian token yang berharga RM 39. Dikatakan boleh buat sehingga 100 copywriting.
TulisAds ni takde free trial.
Kesimpulan
Mana Yang Aku Pilih?
Ketiga-tiga platform ini aku guna untuk kasi mudah kerja buat copywriting. Tak perlu pun korang langgan semua. Boleh cuba buat satu-satu ikut kesesuaian korang.
Perlu diingatkan, ini hanyalah tools, alat untuk korang menghasilkan copywriting sekiranya ada art block macam aku ni.
Harga tu subjektif, aku tak boleh nak tentukan untuk korang yang mana lebih berbaloi.
Mungkin nanti aku akan buat comparison untuk bandingkan tools mana yang sesuai korang guna pakai.
Disclaimer : Artikel ini diterbitkan setelah aku guna ketiga-tiga alat ini, jadi ini merupakan pendapat peribadi aku untuk memberi gambaran dan pendidikan kepada pembaca.
Nota: Dalam artikel ini juga mempunyai pautan affiliate dan aku mungkin mendapat sedikit komisen sekiranya korag subscribe salah satu tools yang aku tulis dalam ni.