Cara Nak Buat Duit Online 2020 – Baca Sekarang!
Tahun 2020 dah nak tiba, rugi tak buat duit online. Sekarang ni semuanya dihujung jari nak buat duit pun dah boleh guna jari. Jangan salah faham, maksud saya sekarang ni segalanya dah jadi mudah. Nak tunggu apa lagi?
Dalam artikel kali ni saya nak kongsikan beberapa cara untuk kita buat duit secara online.
Sebelum itu, saya nak pecahkan kepada beberapa kategori yang boleh kita fikirkan dalam membuat duit online iaitu; Servis, Klasik, Affiliate dan Dropship.
4 kategori ni yang saya pernah lalui secara berfasa, belum jadi kaya tetapi mampu menambah sedikit sebanyak duit tambahan poket keluarga.
Dalam membuat duit online ada yang perlukan modal (wang), ada juga yang tidak. Jangan risau saya akan kupaskan juga dalam setiap kategori. Jom baca.
Nak belajar buat bisnes dengan betul? Klik pada Master Sales Cycle
1) Servis
Guna apa yang ada ditangan dan juga kelebihan kita. Sebagai contoh, katakan anda pandai memasak dan masakan anda memang sedap kaw kaw hawau. Ambil order dari rakan sepejabat atau kawasan perumahan anda.
Boleh dapat ideanya? Meh saya tambah lagi perencah.
Masuk dalam group FB setempat anda dan war-warkan yang anda ada membuat servis lunch box, funnelkan ke whatsapp group anda. Share gambar-gambar masakan anda yang cantik-cantik kemudian post di FB Group dengan ayat begini, ” Hai korang, jom join group lunch box ni insyaAllah suci murni dan halal. #BuyMuslimFirst.”
Contoh je tu. Hehehe. Ok lain-lain servis yang boleh anda buat seperti Grab, jahitan, FoodPanda/GrabFood, baiki kenderaan dan lipat kain.
Ada part yang memerlukan duit dan kemahiran ada juga yang tidak. Servis yang saya buat pada masa lampau seperti naikkan follower Instagram dan kini saya fokus pada servis editing video. (dan menjadi kacak. Eh?)
2) Klasik
So, klasik ni apa? Sebenarnya dia adalah seperti jualan runcit/retail /trading. Alah, macam bukak gerai jual bubur ayam, boba tea mahupun milo. Kenapa panggil klasik? Rasanya konsep macam ni sejak dari dulu sudah ada. Cuma sekarang lagi better sebab boleh buat secara online.
Yang ni bagi saya perlukan modal (duit) sebab anda perlu simpan stok supaya senang anda mengawal keseluruhannya. Konsep dia macam ni, beli di A jual di B,C,D sampai Z. Dengan online, lagi jauh anda boleh pergi.
Pengalaman saya semasa mula menjual satay dulu, saya tak reti buat sate jadi saya cari siapa yang boleh supply saya satay. Setelah kenal pasti saya berjumpa dengan supplier dan berbincang (sambil merasa sate). Saya setuju dan kami laki bini memulakan menjual satay di tempat kami (masa tu bini sarat mengandung anak sulung).
Korang cari je supplier, boleh cari di GM Mall, Mudah.my, Shopee, Majalah.com dan lain-lain. Lepas tu korang decide lah nak mula berniaga apa. Benda boleh online maaaa, tunggu apa lagi?
3) Affiliate
Ok, yang ni kena struggle sikit. Sebab saya kurang mahir bab yang ni. HA Ha Ha. OK camni, affiliate ni konsep dia kita beri refference kepada orang lain. Ada dua jenis barangan yang dijual, fizikal dan digital.
Sebagai contoh produk fizikal, saya nak cari ejen untuk menjadi penjual sim HaloTelco, so saya terangkan apa kelebihan menjual sim ni. Saya beri link tu kepada bakal ejen untuk buat pendaftaran.
Kelebihan menjual simkad HaloTelco ni adalah anda akan mendapat 10% dari jumlah topap pelanggan anda. Bayangkan 10 orang topap RM 50, sah sah komisen RM 5 tu milik korang, tiap bulan dorang topap, tiap bulan anda dapat komisen. Kiraannya seperti berikut; jumlah topap * 10% = komisen. RM 50 * 10% = RM 5. RM 5 * 10 orang = RM 50. Bayangkan korang ada 100 pelanggan yang topap RM 50?
So saya cuma minta bakal ejen saya tu klik pada (PENDAFTARAN EJEN) kemudian dah setel.
Bagaimana kalau dari segi digital? Pernah beli ebook,software atau modul pembelajaran secara online tak? Itulah produk digital. Produk digital ni adalah barangan yang kita tidak boleh pegang melainkan berada dalam alam maya sahaja.
Macam satu software yang saya beli ni, ECOMDIVER ,saya dapatkan link daripada orang lain dan saya buat pembelian daripadanya. Orang tu mendapat komisen jualan hasil daripada pembelian saya tadi. Sekurang-kurangnya 50% dari jualan adalah milik orang tu.
Senang cerita, promote link korang, bila ada orang beli korang akan dapat komisen.
4) Dropship
Rata-rata ramai dah mula buat dropship. Malahan ramai ‘Founder’ atau pemilik produk menggunakan konsep ini. Katakanlah ya ada pembaca yang tak pernah dengar apa itu dropship. Mari saya ceritakan.
Dropship berkonsep, yang mana anda menjadi wakil penjual tanpa perlukan kos yang tinggi dan juga tanpa perlu menyimpan stok yang banyak. Sebagai contoh, saya menjadi ejen jualan produk kecantikan secara dropship. Fokus saya sekarang hanya perlu mencari pembeli dan closing mereka. Apabila ada tempahan dan pembeli sudah membuat bayaran penuh, saya hanya perlu menghantar borang tempahan kepada HQ dengan harga ejen dropship. HQ yang akan menguruskan segala pos barangan dan stok.
Kebiasaannya bila menjadi ejen dropship ini keuntungannya kurang sedikit. Kita kena pandai-pandai buat kombo supaya kita dapat komisen to the max.
BONUS OI! Bonus!
Sebenarnya bonus ni bukan lah wang ringgit pun. Mahupun hadiah. Cuma sebutir dua idea yang boleh bantu orang untuk bermula.
Ramai orang yang saya kenal dorang nak mula buat duit tepi sikit-sikit. Tapi dorang kata tak tahu nak jual apa. Cadang saya.
Korang cari la kat Shopee, kemudian cari top produk atau nama lain produk yang laku keras. Katakanlah korang jumpa produk yang laku. Try la PM / Chat dengan kedai dorang. Tanya ada tak open ejen dropship etc etc. Kalau boleh elakkan yang kedai dari luar negara dan juga nama kedai yang hujungnya berakhir dengan .my sebab kebanyakannya dari China.
Kalau dorang kata ok je, try buat satu order untuk diri sendiri untuk kita lihat betul atau tidak kedai ni tulen. Selain itu korang boleh la baca kat Homepage dorang, ada yang tulis ‘Agent / Dropshipper wanted’.
Lepas tu korang jual kat fb, instagram, dan juga youtube. Buat stories je kat Whatsapp pun boleh. Ini cuma idea sahaja, selebihnya korang kena explore sendiri.
Kalau masih tak tahu nak cari produk laku keras, korang boleh guna ECOMDIVER untuk spy produk yang top. Sekian sahaja dari saya, pape roger kay?