fbpx

Instagram: Cara Tingkatkan 1000 Follower Secara PERCUMA

Instagram sekarang merupakan satu platform pemasaran yang sedang meningkat penggunaannya di dalam Malaysia. Percaya atau tidak, ramai yang menjana puluhan ribu ringgit dengan hanya menggunakan Instagram.

Sebenarnya banyak cara atau teknik atau strategi dalam berjual beli di platform Instagram. Salah satu tekniknya adalah dengan meningkatkan follower di IGshop anda.

Biasa newbie atau pemain baru IG  tidak mempunyai modal yang besar untuk menggunakan pemasaran yang berbayar seperti paid review yang merupakan salah satu teknik lain dalam meningkatkan follower.

Jadi apa yang newbie boleh buat adalah dengan membuat secara manual follow IG orang dan unfollow semula. Tetapi perlu ingat had untuk menggunakan teknik ini adalah 100 akaun IG untuk follow unfollow. Kalau melanggar peraturan ini, akaun anda akan disekat mengikut Rules and Regulation dari pihak IG.

Kalau nak buat secara manual, amatlah leceh sebab korang perlu tekan satu per satu dalam Instagram. Hanya yang pernah buat akan tahu seksanya. Ha Ha ha.

Korang boleh dapatkan software yang boleh buat semua auto seperti auto-follow,auto-comment, auto-unfollow dan segala-bala auto lah. kih kih kih. Kalau nak, boleh baca pada Automasikan Perniagaan di Instagram.

Sebelum kita bermula, PK ingin menafikan yang segala maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi PK. Tiada kena mengena antara hidup atau mati. Segala penggunaan dan panduan berdasarkan artikel didalam papakacak.com adalah untuk kegunaan peribadi, risiko adalah atas tanggungjawab sendiri.


Untuk menggunakan software ini, korang terpaksa menggunakan dekstop ataupun laptop dan juga sumber internet. Kerana software ini adalah plug in yang ada didalam browser Google Chrome.

1. Install Roboinsta Extension pada Google Chrome

Buka browser Google Chrome, klik pada 3 titik pada nombor 1 seperti di gambar, kemudian pilih ‘More Tools’ dan klik ‘Extension’.

Chrome akan bawa korang ke page baru, taip roboinsta dan pilih pada ‘Roboinsta.com’. Ala, yang paling atas tu. Cuba tengok pada gambar. Lepas tu tekan ‘Add to chrome’.

 

dia akan keluar ‘pop-up’ begini, anda hanya perlu tekan ‘add extension’ sahaja. Dah selesai install.

2. Cara Menggunakan Roboinsta

Log masuk atau log in pada Instagram anda pada laptop atau desktop.

Kemudian tekan logo warna merah seperti dalam gambar di atas.

Kemudian, cari siapa pesaing anda dalam dunia perniagaan anda. Atau anda boleh pilih siapa yang mempunyai follower di Instagram yang ramai.

PK cadang cari yang sesuai dengan Instagram anda, cari yang ada ramai follower dan cari yang follower dia aktif like atau komen. Cara nak kenal pasti adalah tekan pada satu gambar dan lihat sesuai atau tidak dengan anda. PK meletakkan penanda aras dengan 50 like pada satu gambar.

Cara seterusnya anda klik pada ‘Collect from followers’ pada belah hujung kanan belah bawah. Kemudian tick pada ‘Collect all Followers’ dan ‘Save’.

Sekiranya butang hijau yang kita tekan pada awal tadi berubah kepada warna merah, ini bermakna roboinsta sedang buat kerja dengan mengumpul database maklumat bakal follower kita.

Tada! Nampak tak yang Pool itu sudah mula mengumpul database kita. Oh ya! Cuba anda follow setting seperti di gambar ini dengan ‘untick’ pada ‘Unfollow Status’ itu. Bukan apa, kita tidak mahu pertindihan database dan tidak melanggar undang-undang Instagram.

Apa yang perlu anda buat sekarang adalah menunggu kerja-kerja following yang akan dibuat oleh roboinsta. Anda boleh semak pada kotak paling bawah belah kiri tu. Ada tertulis latest follow.

Perlu diingatkan, bahawa software ini hanyalah sebagai alat supaya anda boleh membuat jualan di IG. Setiap keputusan adalah berbeza. Segala risiko adalah tanggungan sendiri dan PK tidak akan bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku sekiranya anda menggunakan artikel ini sebagai rujukan.

Software PERCUMA ini tidak disponsor atau tidak dikelolakan oleh PK, ianya adalah software berbayar yang mana anda boleh gunakan secara PERCUMA selama sebulan sahaja.

PK juga menggunakan software berbayar yang lain seperti SUMOGRAM dan GRAMKOSH. Berdasarkan pengalaman PK semua software ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang penting adalah strategi yang anda gunakan untuk berniaga di Instagram.

Kalau korang malas nak buat segala jadah ni, korang boleh rujuk kat servis ‘Boost Sales melalui Insta’ anjuran daripada #jeneralinsta. Ini dah kes habis  malas dah ni tapi servis ini berbayar, rujuklah pada page tu dulu.

Kat dalam artikel ni PK sediakan sekali video tutorial untuk guna roboinsta ni. nah!

Jangan lupa SHARE artikel ini kepada rakan anda ya. Jom kongsi Ilmu.

 


UPDATE (14/04/2019):

Roboinsta sudah tidak lagi beroperasi. Tetapi saya ada satu aplikasi baru yang anda hanya uruskan melalui telefon pintar sahaja. Anda hanya perlu tekan pautan dibawah untuk melihat kekuatan aplikasi ini.

APLIKASI NAIKKAN FOLLOWER INSTAGRAM

8 thoughts on “Instagram: Cara Tingkatkan 1000 Follower Secara PERCUMA”

Leave a Comment

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Share This