fbpx

Ini Adalah 6 Laman Web Paling Popular Dunia

Hidup kita sekarang ini penuh dengan persaingan. Ianya selalu mengenai siapa akan berada pada tangga teratas. Tetapi,

Tahukah anda, didalam dunia internet ini juga mempunyai top ranking atau tangga teratas ?

Mari lihat senarai 6 Laman Web Paling Popular Dunia.

1) Google

Pasti ramai yang kenal laman web ni,  maklumlah ini lah tempat mencari sesuatu maklumat dan copy paste  assignment.

Dikenali sebagai enjin carian paling popular dunia, Google mencatatkan anggaran 655,000,000 pengunjung setiap hari. Pergh ramai tu, tak hairanlah Google mendapat tempat pertama.

2) Youtube

Laman web ini adalah sebagai tempat atau port untuk perkongsian Video. Buat pengetahuan anda juga, Youtube merupakan salah satu produk dari Google yang dibeli daripada 3 orang sahabat iatu Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim pada tahun 2006.

Saham Youtube dibeli oleh Google dengan harga US$1.65 billion bersamaan RM 672 bilion (pada masa kini). Kayo kayo.

Youtube kini mencatatkan jumlah pengunjung seramai  600,000,000 sehari.

3)Facebook

Yang ini pasti ramai kenal punya, dibina oleh Mark Zukerberg pada tahun 2004 semasa beliau masih belajar di Havard. Dibina sebagai media sosial yang mana kita boleh mencari kenalan baru dan lama .

Facebook menduduki tangga ketiga sebagai laman web paling popular dunia dengan memiliki pengunjung seramai  550,000,000 sehari.

4)Baidu

Baidu merupakan enjin carian yang sama macam Google, tetapi diasaskan dari Tanah Besar China. Laman web ini banyak dikunjungi oleh rakyat dari negeri  China iaitu seramai  500,000,000 pengunjung sehari.

5)Wikipedia

Wikipedia ini merupakan ensiklopedia online. Alah, macam buku yang tebal-tebal ada kat perpustakaan tu, tapi korang tak pernah baca. Tahu tak?

Dibangunkan pada tahun 2001 oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger dengan tujuan untuk mengumpul segala maklumat ilmu secara atas talian.

Wikipedia mempunyai seramai  400,000,000 pengunjung sehari.

6) Yahoo!

Ini juga merupakan sebagai enjin carian. Sama seperti Google dan Baidu.  Dibina oleh dua orang pelajar dari Standford Universiti iaitu  Jerry Yang dan David Filo pada tahun 1994. Nama asal yang diberi adalah berdasarkan kepada dua foundernya ‘Jerry and David’ yang mana pada tahun 1995 ditukar kepada Yahoo!.

Sehingga kini Yahoo! menerima seramai 300,000,000 pengunjung sehari.


Berdasarkan daripada kajian pada awal pembinaan laman web ini, kebanyakannya bermula dari zaman mereka tidak mempunyai kos yang besar dan hanya berkembang selepas berjaya menarik hati pelabur.

Aku harap ada rakyat Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan perkara perkara berteknologi seperti ini.

Aminn..~

1 thought on “Ini Adalah 6 Laman Web Paling Popular Dunia”

Leave a Comment

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Share This