|

Iphone X, Best Sangat ke?

Seperti yang ramai tahu, Apple telah melancarkan produk terbarunya pada 12 September 2017. Iaitu Apple Iphone X, Apple Iphone 8 Plus dan Apple Iphone 8. Tapi yang paling mahal sekali adalah Iphone X atau nama lain Iphone Ten (cis, guna huruf Roman pulak) pada harga anggaran €1150 atau pada harga RM 5770. WOW! Kenapa agaknya Iphone X ni macam harga motor ye? Ini sebabnya ….

1) Cip Pemprosesan Terkini

 

Apple telah mengeluarkan cip pemprosesan terbaru iaitu ‘A11 Bionic chip with 64-bit architecture’ yang mana kelebihan cip ini adalah:

  • Mempunyai 6 teras utama yang mempercepatkan proses kerja sebanyak 70% berbanding cip pemprosesan A10.
  • Mempunyai ‘Neural Engine’ di dalam cip ini yang berfungsi untuk menggerakkan 600 biliion operasi sesaat. (Macam The Flash☺).
  • Didatangkan dalam dua jenis saiz simpanan iaitu pada 64 /256 GB.

Ini bermakna banyak jenis Apps  yang mampu Iphone X tampung dalam satu masa. Ibarat satu syarikat yang mempunyai seramai 600 bilion pekerja..

Ramai woooo…

2) Paparan Skrin SUPER RETINA

Ini susah nak diterangkan tanpa lihat sendiri. Tetapi dengan paparan skrin pada Apple Iphone X ini mempunyai:

  • Paparan Resolusi Tinggi (HD)
  • 2436*1125-piksel
  • Paparan Warna Sebenar

Warna dia macam kita tengok guna mata la… Cun gila..

3) Face ID

Yang ni memang istimewa. Hanya Iphone X sahaja yang mempunyai Face ID iaitu untuk unlock telefon pintar anda. Face ID ini menggunakan kamera TrueDepth untuk mengesan raut wajah anda.

Bagaimana cara Face ID ini mengesan?

Dengan kecanggihan teknologi Apple yang memasang projector untuk memancar titik halimunan bagi mengesan wajah anda. Bukan sikit titiknya, 30 000 titik halimunan yang dipancarkan untuk mengimbas wajah anda (macam cerita spy)

Oh, ya! Apple Iphone X ni takde button tau, alah yang HOME buttone tu.. dah tak guna pengesan cap jari lagi dah.

4)Kamera Gambar Dan Video

 

Kamera belakang Iphone X bercirikan:

  • Kamera belakang : Dual-Kamera 12 Megapiksel  dengan wide-angle(ƒ/1.8 aperture) dan tele-photo (ƒ/2.4 aperture). Rakaman Video  4k (24/30/60)*, 1080p (30/60)* dan slo-mo 1080p (120/240)*.
  • Kamera hadapan: 7 Megapiksel  (ƒ/2.2 aperture). Rakaman Video 1080p dan mempunyai lampu flash.
  • Mempunyai penstabilan optik.(Kalau naik kuda pun gambar / video jadi stabil)
  • 4 tona warna untuk lampu Flash untuk kamera belakang.

*(frame per second =fps)

5) Wireless Charger dan Fast Charge

Keturunan Iphone X dan Iphone 8 merupakan model pertama yang mempunyai pengecasan tanpa wayar. Letak aje kat deck Qi dan bateri boleh cas tanpa cucuk-cucuk. Boleh cas serentak dengan Apple Watch dan Airpod.

Tapi Deck Qi ni hanya mula dijual pada tahun 2018. Sabaq la yee..

6) Boleh lawan Air dan Habuk

Kalis percikan Air dan Habuk. Beza tau, anda jangan pulak pergi rendam Iphone X ni, naya je nanti.

Didatangi dengan resistant water and dust pada tahap IP67 yang mana boleh tahan air pada kedalaman 1 meter selama 30 minit. Kalau jatuh laut bahaya sikit, sebab air garam bisa mempercepatkan proses karat. cewah.

Kaca gelas yang tahan lasak  digunakan dihadapan dan dibelakang.

7)Aplikasi Terbaru dan Menarik.

  • Animoji
Animoji adalah paparan imej kartun yang akan mengikut gerak wajah kita.
  • Potrait Lighting
Aplikasi sedia terbina didalam aplikasi kameranya. Kelebihannya kita boleh terus edit gambar dengan lighting macam di studio. Budak IG suka la ni.
  • Augmented Reality
Korang boleh bermain dengan aplikasi yang unik ini. Ala, yang macam main Pokemon Go tuuu..

Oh ya! Iphone X ini ada dua warna sahaja, iaitu SILVER dan SPACE GREY SAHAJA.

Rasanya cukup sampai sini untuk kita sesembang mengenai Iphone X, lepas ni kita buat Iphone 8 dan Iphone 8 Plus pula.

Apa pendapat korang mengenai Iphone X yang berharga RM 5770 (anggaran) ini? Tinggalkan komen anda mengenai ini.

Sumber:-

https://www.apple.com

Similar Posts

Leave a Reply