Kenapa Bisnes Memerlukan Website?

Kenapa bisnes memerlukan website? Rata-rata pemain bisnes tidak kisah lama atau baru mempunyai persoalan ini. Kebanyakannya usahawan menyatakan tidak perlu.

Bagi saya, bisnes amat memerlukan website dan saya akan berikan 5 sebab kepentingannya.


1. Membina Kreadibiliti Bisnes Anda

Sekiranya anda ingin mencari sesuatu servis atau produk, kemana yang akan anda cari dahulu? Pasti bertanya pada orang atau tanya pada pakcik Google kan?

Situasi kedua, apabila anda bertemu bakal pelanggan anda dan dia meminta website anda. Adakah anda akan jawab ‘belum ada lagi’? Ini sudah memberi pandangan skeptikal kepada anda.

Anda lihat pada dua situasi di atas dan anda nilaikan betapa pentingnya website ini kepada kreadibiliti anda dan bisnes anda.

2. Website Dapat Menyampaikan Lebih Banyak Maklumat

Bila buat carian di Facebook susah nak jumpa maklumat yang tepat, sebab terlalu bercampur aduk dengan perkara lain.

Siapa pernah rasa begini? Baiklah dalam membina bisnes yang baik, segala maklumat perlu disampaikan dengan lengkap kepada pelanggan supaya kepercayaan pelanggan kepada bisnes kita meningkat.

Secara tidak langsung, jenama bisnes kita melonjak naik. Jadi website adalah platform terbaik dalam menyampaikan maklumat.

 

3. Menjimatkan Masa Bekerja

Ini juga penting, dengan lebihan masa yang ada kita mampu menggunakan peluang ini untuk membesarkan bisnes kita dan meluangkan masa bersama keluarga.

Bagaimana website menjimatkan masa bekerja kita?

Banyak perkara sebenarnya, seperti:

  1. Urusan jual beli
  2. Laporan Jualan
  3. Pengiklanan
  4. Menyediakan borang
  5. dan macam-macam lagi.

Ini bergantung kepada jenis bisnes anda.

4. Website Boleh Membawa Lebih Banyak Bakal Pelanggan

Berdasarkan pada isi-isi diatas dengan kelebihan masa dan maklumat bisnes anda , sudah tentu bisnes kita boleh membawa lebih ramai pelanggan.

Ianya bergantung kepada bagaimana anda melakukan jenis pemasaran, iklan, SEO, dan macam-macam lagi yang boleh meningkatkan bilangan pelanggan.

5. Website Boleh Membantu Bisnes Anda Menembusi Pasaran Dunia

Bagaimana Jack Ma, iaitu pengasas kepada Ali Baba mampu menembusi pasaran dunia? Mestilah melalui website.

Anda boleh lihat betapa kuatnya website dan kalau anda nak tahu, sekarang ini Jack Ma sudah membeli Lazada.

Nampak tak bagaimana website ini sangat penting?

Anda boleh saja bermula dengan menggunakan platform percuma seperti Blogspot, WordPress atau Weebly. Bagi saya ianya tidak salah, asalkan anda sudah ada.

Tetapi untuk membina kreadibiliti bisnes yang nampak gah anda memerlukan website yang betul.

Banyak yang menyediakan khidmat membina website bermula serendah RM 500 hingga ke RM 20,000 bergantung kepada keperluan bisnes anda.

Jadi anda rasa bisnes anda tidak memerlukan website?  Cuba ‘share’ artikel ini supaya ramai lagi usahawan dapat membuka mata dalam memastikan bisnes mereka berada dalam track yang betul.

Komen pendapat anda atau apa saja di bawah.

 

Similar Posts

Leave a Reply