|

Microsoft Surface Pro 3 Pada Tahun 2020. Masih Berbaloi?

Sekarang ni zaman yang perlu banyak bergerak dan terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat. Tidak kisah mereka yang bekerja sebagai usahawan, guru, swasta dan juga kakitangan kerajaan. Semuanya perlu siap dengan pantas.

Terima kasih kepada teknologi, ekonomi keluarga dan kawasan setempat dapat ditingkatkan dengan pantas. Namun masih ada halangan yang menganggu perjalanan kerja.

Disebabkan itu saya mencari sesuatu yang lebih mudah, ringan dan juga sangat berkuasa. Tugasnya untuk mengemaskini web blog post macam yang sekarang ni, buat editing gambar dan video.

Saya membuat perbandingan antara Ipad Pro dan juga Surface Pro. Tetapi bajet saya tidaklah besar. Maksimum untuk berbelanja adalah RM 1,700. Yelah, kita ni makan gaji je rasa macam susah nak spend duit besaq besaq camtu.

So saya mulakan sedikit kajian dan rujukan sebelum membelinya. Apa yang saya titik beratkan adalah macam point-point dibawah.

  • Saya perlukan skrin saiz dibawah 13 inci.
  • Bateri tahan lebih kurang 3-4 jam
  • Sekurang-kurangnya Processor Intel i5 atau A9 Chip atau 8GB Ram dan menggunakan SSD ( Solid State Drive)
  • Ringan.
  • PALING PENTING SEKALI MOBILITY. Mudah dibawa kemana saja.

Disebabkan saya dalam bidang Creative Multimedia, Ipad Pro dan Surface Pro menjadi pilihan saya. Pilihan saya adalah Surface Pro. Tetapi kerana bajet kewangan tidak besar, saya memilih untuk memiliki Microsoft Surface Pro 3.

Sebabnya apa ye? ( Ikut nada anak bujang saya)

Faktor Kos.

Saya akan tengok kos dahulu sebelum membuat keputusan membeli sesuatu. Saya ambil kira kos semasa membeli, kos alat ganti Surface Pro dan kos-kos berkaitan seperti software editing, pen, keyboard dan lain-lain.

Saya dapatkan Surface Pro 3 saya ni di kedai online  DARA ONLINE MALL   pada harga RM 1,5XX yang mana harga asal RM1795.

LAzada surface PRo 3

Saya beli online je, so tak perlu saya menghadap jem nak jumpa seller. Saya yakin sebab supplier seller ni mempunyai pengalaman dalam penjualan lebih 12 tahun. Camni ha packaging bungkusan dia.

Faktor Spesifikasi.

Spesifkasi yang saya pilih untuk alatan ini adalah Intel Core I5 (4th Gen), 8GB Ram, 256 GB SSd. Bagi saya ianya sudah cukup laju untuk saya membuat kerja-kerja secara mobil ( mudah alih ).

Rupa sebijik macam tablet tapi dia punya kekuatan, macam minum tongkat ali. Laju. Cekap menguruskan fail. Malahan boleh buat editing ringan untuk gambar dan video.

Faktor Ketahanan.

Surface yang saya beli ni, dikeluarkan pada tahun 2014. Maknanya ianya model lama, dengan spesifikasi yag tinggi. Sehingga sekarang ianya masih relevan untuk penggunan secara mobil kerana ianya menggunakan Windows Original yang mana akan mempunyai update dari segi keselamatan Operating System.

Menggunakan perisian yang asli ( ORIGINAL WINDOWS ) bermakna, alatan ini akan mengalami keselamatan dari segi serangan virus, dan malware.  Dengan syarat anda tidak memuat turun ( Download) media dari sumber yang tidak dipercayai.

Secara purata, ketahan bateri boleh mencapai 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis penggunaan.

Faktor Mobility (Mudah Alih)

Dengan berat kurang daripada 1kg Surface Pro 3 ni menjadi satu alatan yang sangat berbaloi untuk dibawa kemana sahaja. Ringan beb! Lagi ringan dari bayi yang baru lahir. Saiz dimensi dia dalam inci macam ni 11.5 x 7.93 x 0.36 inchi.

Mungkin lagi nipis dari buku diari atau pun buku teks sekolah anak-anak kita. kikiki.

Tapi selepas saya mula menggunakannya untuk membuat editing video, saya dapati Surface ni kurang sesuai kerana ianya tidak mempunyai sokongan grafik kad tambahan seperti nvidia atau amd radeon.

Dengan hanya menggunakan Intel integrated graphic card. Surface kurang berkemampuan untuk deliver kerja editing video.

Memang boleh buat editing video, cumanya nanti processor dia akan menjadi makin panas.

Itu je kelemahan dia. Tapi kalau buat browsing internet, edit blog/web, edit guna photoshop dan menggunakan Office work macam excel dan words mahupun power point memang saya recommend guna Surface ni.

Kesimpulannya, surface pro banyak memudahkan urusan kerja bagi mereka yang selalu bergerak keluar. Tidak kira dari usahawan, guru mahupun kakitangan awam swasta.

Kalau korang nak dapatkan hari ni pada harga diskaun. Try lah cek kat Dara Online Mall ni.

Similar Posts

Leave a Reply