|

Whatsapp Business Dilancarkan. Tapi…..

Baru-baru ini Whatsapp telah melancarkan satu aplikasi terbaru mereka. Iaitu Whatsapp Busines. Aplikasi ini tujuannya adalah untuk memudahkan entiti perniagaan untuk mudah dicapai disamping meningkatkan kreadibiliti sesebuah entiti perniagaan.

 

Apa yang menariknya, aplikasi ini dikatakan boleh digunakan serentak dengan aplikasi  Whatsapp peribadi yang sedang kita gunakan sekarang. Ini bermakna kita boleh menggunakan dua Whatsapp dalam sebuah telefon pintar. WOW!

Baiklah, jom kita teroka apa kelebihannya…

1)Profile Business

Kita boleh mencipta profil perniagaan untuk membantu pelanggan mencari maklumat mengenai entiti perniagaan kita seperti laman web, lokasi dan lain-lain.

2)Talian Tetap

Ini yang luarbiasa, Whatsapp Business membenarkan anda yang mempunyai premis perniagaan dan mempunyai talian tetap untuk mendaftar menggunakan aplikasi ini.

3)Whatsapp Business dan Whatsapp Mesengger

Anda tak perlu risau tentang menggunakan dua aplikasi ini di telefon pintar anda kerana Whatsapp membenarkan ianya berjalan serentak.

4) Whatsapp Web

Sudah tersedia platform laman web seperti Whatsapp Mesengger, ini memudahkan anda untuk berbual dengan pelanggan menggunakan desktop PC.

Malangnya, Whatsapp Business ini masih baru. Aplikasi ini mempunyai kelemahan yang tidak dapat dielakkan.

Muat Turun hanya boleh dibuat oleh pengguna Android sahaja dan terhad pada negara Indonesia, Amerika Syarikat, Italy, Mexico dan England manakala negara lain terpaksa menunggu seketika sebelum dapat digunakan.

Sekiranya anda melihat pada Play Store  Whatsapp Business, sudah ada aduan tentang cara dan ketetapan menggunakan aplikasi ini.

 

Nombor tidak boleh sama.

Rupanya aplikasi ini tidak boleh menggunakan talian nombor yang sama. – Azvin

Tidak kurang juga ada yang memohon supaya ianya boleh digunakan dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan supaya senang tim jualan mereka mempunyai akses ke Whatsapp tersebut.

Apa pun kita harapkan pihak Whatsapp dapat menyelesaikan apa jua permasalahan yang berlaku dan juga akses menggunakan aplikasi ini di Malaysia.

 

Nota Tambahan:

Adakah anda peniaga yang menggunakan Whatsapp dan FB Ads?

Pernah tak anda rasa PENING  untuk dapatkan database pelanggan dan ekstrakkan nombor itu lalu target melalui FB ads?

Papakacak ada satu panduan yang AMAT BERGUNA untuk anda gunakan dalam perniagaan anda.

Anda boleh guna Wasap Extractor.

Didalam ini mempunyai Panduan mendapatkan prospek dan juga ekstrak dari telefon pintar anda.

Boleh baca lanjut dengan klik pada link diatas atau disini > Wasap Extractor

 

Similar Posts

Leave a Reply