|

5 Smartphone Terbaik Bawah RM 500 Tahun 2017

Ramai yang minta PK ‘review’ untuk mencari smartphone terbaik untuk tahun 2017. Jadi PK sediakan beberapa kategori yang PK rasa sesuai untuk penggunaan masyarakat kini. PK mengategorikan smartphone bawah RM500 dengan meletakkan spesifikasi berikut:

  1. Resolusi kamera belakang (11-15 Megapiksel)
  2. RAM (2GB keatas)
  3. Jenama yang dikenali ramai.

Mari kita mulakan!


 

1) Xiaomi Redmi 4A

Xiaomi Redmi 4A ini mula berada di pasaran sejak akhir tahun 2016 lagi. Ianya hadir dalam 3 jenis variasi warna iaitu:

  1. Gold
  2. Rose Gold
  3. Dark Grey

Didatangkan dengan spesifikasi yang mantap iaitu:

  • 13 Megapiksel untuk kamera utama (video pada saiz 1080p, 30fps)*
  • 5 Megapiksel untuk kamera hadapan (video pada saiz 720p, 30fps)*
  • Ruang simpanan 16GB ROM (boleh tambah memory card)
  • Bateri pada saiz 3120mAh (dalam mod penggunaan 3G internet boleh tahan sehingga 6jam)**
  • Menggunakan 2GB RAM
  • Perisian Android 6.0.1 Marshmellow

Harga pasaran Malaysia untuk Xiaomi Redmi 4A  antara RM 400-550.

* p=pixel,fps=frame per second

**berdasarkan pada ujian perisian, mungkin berbeza dari dunia sebenar.

2. Xiaomi Redmi 4 (4X) China / Redmi 4 Standard

Yang ni pening sikit, sebab banyak nama yang ada, sekiranya kita ikut pada Xiaomi Redmi 4X ada yang mempunyai 4Gb RAM dan sudah tentu harga lebih mahal. Jadi apa yang PK nak kongsi adalah yang mempunyai 2GB Ram sahaja.

Model ini keluar pada akhir 2016 juga tetapi mempunyai kelebihan pada keselamatan dengan mempunyai fingerprint.

Spesifikasi yang hampir sama dengan Redmi 4A, ada dua kelebihan lain:

  • 13 Megapiksel untuk kamera utama (video pada saiz 1080p, 30fps)*
  • 5 Megapiksel untuk kamera hadapan (video pada saiz 720p, 30fps)*
  • Ruang simpanan 16GB ROM (boleh tambah memory card)
  • Bateri pada saiz 4100mAh (dalam mod penggunaan 3G internet boleh tahan sehingga 8jam)**
  • Menggunakan 2GB RAM
  • Perisian Android 6.0.1 Marshmellow
  • Mempunyai fingerprint.

Harga pasaran Malaysia untuk Xiaomi Redmi 4X  antara RM 400-599.

* p=pixel,fps=frame per second

**berdasarkan pada ujian perisian, mungkin berbeza dari dunia sebenar.

3. Asus Zenfone Go ZB500KL

Smarphone Asus Zenfone Go ZB500KL ini dikeluarkan ke pasaran pada Oktober 2016, ia merupakan telefon paling asas yang dikeluarkan oleh Asus. Dengan kelebihan Dual-sim standby memang tidak asing lagi buat jenama Asus ini.

Jom kita lihat spesifikasinya:

  • 13 Megapiksel untuk kamera utama
  • 5 Megapiksel untuk kamera hadapan
  • Ruang simpanan 16GB ROM (boleh tambah memory card)
  • Bateri pada saiz 2600mAh (dalam mod penggunaan 3G internet boleh tahan sehingga 9jam)**
  • Menggunakan 2GB RAM
  • Perisian Android 6.0 Marshmellow

Harga pasaran Malaysia untuk Asus Zenfone Go ZB500KL adalah antara RM 400-499.

**berdasarkan pada ujian perisian, mungkin berbeza dari dunia sebenar.

4. ZTE Blade v7 Lite

Model ini dikeluarkan pada awal tahun 2016 iaitu pada bulan Februari. ZTE Blade V7 Lite ini mempunyai kelebihan pada 8 Megapiksel pada kamera hadapannya berbanding model lain.

Ini spesifikasinya:

  • 13 Megapiksel untuk kamera utama (video pada saiz 1080p, 30fps)*
  • 8 Megapiksel untuk kamera hadapan
  • Ruang simpanan 16GB ROM (boleh tambah memory card)
  • Bateri pada saiz 2500mAh (dalam mod penggunaan 3G internet boleh tahan sehingga 8jam)**
  • Menggunakan 2GB RAM
  • Perisian Android 6.0 Marshmellow
  • Mempunyai fingerprint.

Harga pasaran Malaysia untuk ZTE Blade V7 Lite  antara RM 450-599.

* p=pixel,fps=frame per second

**berdasarkan pada ujian perisian, mungkin berbeza dari dunia sebenar.

5. Huawei Honor 4X

Model ini boleh dikatakan ketinggalan zaman kerana Huawei Honor 4x ini berada dipasaran pada tahun 2014. Perghh, dah 3 tahun dah.

Tapi PK pilih yang ini kerana ianya memenuhi kapasiti pencarian PK seperti yang diterangkan pada awal artikel ini.

Mari lihat spesifikasinya:

  • 13 Megapiksel untuk kamera utama (video 1080p,30fps)*
  • 5 Megapiksel untuk kamera hadapan (video 720p,30fps)*
  • Ruang simpanan 8GB ROM (boleh tambah memory card)
  • Bateri pada saiz 3000mAh (dalam mod penggunaan 3G internet boleh tahan sehingga 15jam)**
  • Menggunakan 2GB RAM
  • Perisian Android 5.0 Lolypop

Harga pasaran Malaysia untuk Huawei Honor 4X adalah antara RM 400-499.

* p=pixel,fps=frame per second

**berdasarkan pada ujian perisian, mungkin berbeza dari dunia sebenar.

 

Nota: harga mungkin berbeza dengan apa yang PK dapat. Spesifikasi ini bukannya 100% tepat, kemungkinan berubah mengikut keadaan tertentu.

Komen apa pendapat anda dan Sharekan kepada rakan-rakan anda.

Ekstra!

Sebenarnya pihak Samsung  juga mempunyai smartphone bawah RM 500 tetapi tidak dapat mengikut kapasiti carian PK iaitu 2GB RAM dan 11-15 Megapiksel kamera utama. Korang boleh lihat Gallery di bawah.

Similar Posts

Leave a Reply