Ecommerce Jadi Senang Dengan PMWasap?

Ecommerce Jadi Senang Dengan PMWasap? Ini Reviewnya.

Yes, betul! Sebelum tu saya nak tanya, awak pernah dengar ke pasal ecommerce? atau dalam Bahasa Melayunya ‘ E-dagang’?
Ok la itu dari segi bahasa, dari segi istilahnya?

Ecommerce adalah platform elektronik yang menjalankan proses jual beli secara atas talian. Gitu, pening jugak.
Pernah dengar Shopee,Lazada, dan Mudah? Itu adalah salah satu platform jualan elektronik secara atas talian.  Cuma setiap platform memberi kelebihan berbeza.

Sekarang kita nak bercerita pasal PMWasapSatu platform ecommerce yang menggabungkan dua platform kepada satu. Iaitu Whatsapp Form dan juga online store. Kedai Online + Kad Bisnes Digital  = Store PMwasap ini lah dia gabungan yang MANTAP!

Bagi saya PMWasap boleh dipanggil sebagai Social Commerce kerana platform ini memberikan peluang pembeli untuk sembang dengan seller terlebih dahulu atau pun boleh beli secara terus. Macam Lazada dan Shopee, kan ada button untuk chat seller. Tapi dengan PMWasap pembeli akan terus ke Whatsapp kita dan ini meningkatkan kadar keyakinan pembeli.

Cara nak setup mudah gila. Semudah ABC macam kat sekolah tadika. Saya akan tunjuk paparan dalam PMWasap ni.

1) Mudah Login Ke Dashboard

pmwasap login-ecommerce

Nak login pun biasa je, macam kita log masuk kat sosial media. Bila dah masuk kita akan pilih dapat lihat pada paparan muka atau dashhboard dia.

 

pmwasap-dashboard -ecommerce

Dashboard dia pun tak pening sangat. Simple dan minimise, kalau tengok pada tab di kiri tu kita boleh tahu apa yang perlu di buat. Klik-klik je boleh siap. Mudah gila beb!

 

Sidebar PMwasap ecommerce

2) Paparan Landing Page Kedai Online Ecommerce

Kat bawah ni adalah contoh Landing Page  yang PMWasap boleh buat.

Anda boleh letak semua maklumat kedai anda yang diperlukan boleh letak logo kedai, produk dan boleh beli secara terus.

URL kedai anda pula boleh di custom mengikut selera anda. Ini formatnya, https://store.pmwasap.com/(nama kedai anda).

So,contohnya kedai anda akan jadi macam ni https://store.pmwasap.com/papakacak.

 

Sekiranya ada yang nak beli dari anda, mudah je, anda share link anda tu kat mereka. Oh, setiap produk juga mempunyai url unik mereka sendiri. Contoh macam gambar bawah ni.

Jadi kita pun boleh fokus pada apa yang kita jual dengan cara hanya berikan link produk berkaitan sahaja kepada pembeli kita. Lagi terjamin.

3) Cara Pelanggan Beli

Bila kita kongsikan kedai online ecommerce kita atau kita kongsi url produk terus, pelanggan boleh pilih untuk pilih nak order melalui Whatsapp, atau nak beli terus, atau nak letak pada troli (add-to-cart).

Bila pelanggan dah letak pada cart atau ikon troli diatas kanan tu,pelanggan akan dapat paparan sebegini dan boleh semak semula apa yang ingin dibeli. Kemudian pelanggan boleh pilih Checkout Payment untk membuat bayaran terus payment gateway atau Order Via Whatsapp untuk tempah melalui Whatsapp.

Ini lah paparan untuk checkout produk yang nak dibeli. masukkan maklumat dan tekan Pay Now.

Tada! Terus boleh buat bayaran ke bank pilihan. Untuk Payment Gateway ini, saya cadangkan untuk anda guna Bizappay sebab boleh daftar dengan nama individu dan juga pelanggan boleh buat bayaran melalui kad kredit dan direct transfer ke bank pilihan.

NOTA : Buat masa sekarang ni, pilihan untuk pengeposan belum dimasukkan dalam PMWasap, mengikut pemilik produk, ianya akan dimasukkan dalam masa terdekat. Jadi saya cadangkan masukkan harga sekali dengan harga POS.

4) Paparan Untuk Produk Yang Ada Sales

Kebiasaannya kita akan buat sales untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli dari kita. Dalam PMWasap, kita boleh juga buat macam tu.

paparan-sales-phone-pmwasap-ecommerce

Paparan pertama kita boleh lihat tulisan yang berwarna kuning itu menunjukkan Sales yang sedang berlangsung dalam ecommerce kita. Manakala yang kedua ni adalah paparan melalui telefon.

Masih nampak ringkas dan mudah untuk berjual beli.

5) Pro dan Cons

So, saya dah cerita dari segi pembeli. Saya akan ceritakan dari side saya sekiranya saya penjual dan saya juga ingin membeli melalui platform ini. Saya akan terus compilekan semuanya dalam bentuk point di bawah.

Tapi sebelum tu, kalau anda nak tahu, PMWasap ni tengah mengadakan jualan launch. Sebelum ni pada Pre-launch, PMWasap dijual dalam bentuk lifetime yang mana pengguna akan dapat full feature + update + group support + update sepanjang tempoh.

Untuk LAUNCH PMWASAP kali ini yang berlangsung hanya sehingga 24 November 2020 jam 11:59pm. Yang mana anda akan dapat full feature + update + group support + update sepanjang tempoh langganan dan juga akan dapat lifetime diskaun sekiranya anda renew untuk tahun berikutnya.

Habis sahaja tempoh Launch ni, PMWasap akan berubah kepada pakej asal seperti dijadual ini.

BASIC PLAN ADVANCED PLAN
RM29 (bulanan)  / RM290 (tahunan)  RM59 (bulanan) / RM590 (tahunan)
Limit sehingga 30 produk sahaja Produk tanpa had (unlimited)
Tiada payment gateway Ada payment gateway
Tiada Product Analytics Ada Product Analytics

Jauh beza nilai dia beb. Sejujurnya saya kenal 100% atas talian owner produk ini. Beliau memang akan deliver sebaiknya untuk produknya. Support super mantap dan saya juga merupakan pelanggan untuk produk digital beliau yang lain. So, kalau anda nak try test cuba tengok boleh klik pada PMWasap Advance Plan 1 Year  Subs LIFETIME Diskaun

Berbalik kepada cerita kita Pro dan Cons:

Pro’s:

  • Laju
  • Mudah setup dan guna
  • Mesra Newbie
  • Tak perlu Coding
  • Tak Perlu Install Software
  • Boleh adjust di telefon sahaja
  • Tersedia untuk Team Sales
  • Minimalist
  • Ada analytic
  • Ada Database pelanggan

Con’s

  • Belum ada Variation untuk digunakan
  • Tidak boleh customise
  • Description Terhad
  • Belum ada setting untuk shipping
  • Belum ada setting untuk kuantiti produk

Kalau anda perasan, kenapa saya letak perkataan ‘BELUM’ pada bahagian CON’S adalah kerana semua feature ni kita dah minta pada owner, dan roadmap beliau akan masukkan feature-feature ke dalam PMWasap akan datang.

Saya sendiri boleh setup ecommerce menggunakan wordpress woocommerce, tapi ianya akan mengambil masa untuk setup. Jadi, menggunakan platform PMWasap adalah jalan terbaik, terpantas dan termudah untuk saya gunakan.

Anda perlu tahu untuk setahun langgan PMWasap hanya RM 197, jadi sehari hanya 55 sen! Lagi satu, anda tak perlu fikir nak adjust plugin, lawan malware, virus yang ada sekiranya menggunakan WordPress. Percayalah, benda tu sangat remeh untuk diuruskan.

Jadinya memang saya amat rekemenkan penggunaan PMWasap Advance Plan 1 Year  Subs LIFETIME Diskaun untuk mereka yang sentiasa berjual beli di FB mahupun IG.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply