fbpx

Crash Instragam Stories Dengan Teknik VideoFon

Haa…. Pelik kan bunyinya. VideoFon?  Pebenda tuh?

Ok macam ni, hari tu Pk ada join Bengkel Videofon Bersama Kak Kay anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari. Lokasi nya di Matic, Kuala Lumpur.

Meh kita kenal siapakah Kak Kay.  Nama penuh beliau adalah Kamalia Kamal yang mana merupakan pengasas Photolicious. Kak Kay berpengalaman lebh 10 tahun dalam bidang fotografi dan juga  membina branding dalam kalangan usahawan.

Ramai juga retis-retis yang pernah mengambil servis dari Kak Kay seperti Ashraff Muslim, Diana Amir, Abang Badang Terlajak Laris dan ramai lagi.

 

Apa yang seronok?

Sebelum diajar menggunakan teknik yang betul untuk sosial engagement melalui video, Kak Kay akan bagi peserta bengkelnya clearkan minda. Tujuannya untuk kita tahu apa yang kita nak jadi  di sosmed dan apa impian kita.

Dengan hanya menggunakan sebuah telefon pintar yang mempunyai kamera, kami peserta diajar cara nak buat stori dalam video. Aplikasi untuk tujuan menyunting (edit) video juga diberi secara Percuma.

Sokongan-sokongan dari blogger lain membuatkan PK rasa terus rasa teruja nak buat video yang terbaik. Alhamdulillah, Pk menang video yang terbaik dalam bengkel tu.

Terima kasih #kbba9  dan Cosmoderm atas hadiah ini.

 

Yang paling best sekali adalah makan!

Terima kasih kepada yang sponsor makan sepanjang bengkel berjalan.

Hasil daripada bengkel ini selain naik berat badan adalah, PK keep on being creative and create more video to my social media.

 

Pk harap dapat turut serta untuk bengkel seterusnya.

Terima kasih semua yang terlibat.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Share This