| |

5 Asas Mula Berniaga Instagram 2019 – Bukan Sekadar Follower Instagram

5 Asas Mula Berniaga Instagram 2019 - Bukan Sekadar Follower Instagram

Kita sudah pun melepasi suku pertama untuk tahun 2019, akan tetapi masih ramai yang ingin mula berniaga. Isunya sekarang ini adalah, ramai orang yang terus nak buat advance tetapi tidak mahu mengenal asas untuk mula berniaga di Instagram.

Instagram merupakan salah satu platform untuk netizen berkongsi gambar dan video. Hootsuite melaporkan pada awal Jan 2018, pengguna media sosial di smartphone meningkat 69% berbanding tahun sebelum ini. Bersamaan dengan 22 juta penduduk Malaysia. 

Wow! Ramai gila kot. Rugi kalau tak gunakan kelebihan ini untuk menyerlahkan lagi perniagaan kita. Jadi tidak kisah apa pun anda punya perniagaan sama ada servis, produk mahupun takaful kita seharusnya menggunakan peluang ini untuk perniagaan kita terus berkembang mekar.

Bagi menampakkan kedai Instagram atau IGshop kita lebih cemerlang dan profesional, saya akan kongsikan serba sedikit asasnya. 

 

1. Membuat IGshop.

Follower Instagram

Ada 3 cara untuk membuat kedai di Instagram. 

A) Guna akaun baru.

  • Mendaftar akaun baru dengan menggunakan emel baru atau nombor telefon.

B) Beli Instagram yang banyak FOLLOWER.

  • Ini anda boleh cari sendiri di Instagram, ada yang membuat servis begini. Sebelum ini saya juga ada membuat servis menjual akaun Instagram yang mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 follower Instagram.
  • Purata harga RM 150 – RM 2,000 (bergantung pada bilangan follower)
    • *nota: Ini harga yang dijual dipasaran. Saya tidak buat servis ini lagi. Harap maklum.

C) Tukar personal Instagram kepada IGshop.

  • Sekiranya anda mempunyai follower Instagram yang ramai, ini cara lain bagi mencipta IGshop.

 

2. Pemilihan Nama Kedai Instagram

Follower Instagram

Pemilihan nama ini amat penting, supaya mudah untuk pelanggan atau orang mengingati kita. Ini adalah jenama kita. Yang penting ianya tak susah disebut dan mudah untuk diingati. Contohnya.

“Papakacak”

“Mat_motor”

“minah_iphone”

Mudah untuk diingatikan? Tapi macam mana pulak yang susah nak diingati?

“p4p4k4c4k”

“m4t_m0t0r”

“mIn4h_Iph0n3”

Pening? Tapi inilah orang sekarang suka buat. Bagi mereka, ianya stylo. Tak salah pun nak buat, tapi kita yang akan rugi sebab dengan nama, susunan dan perkataan yang betul ini akan memudahkan Google meletakkan perniagaan kita pada enjin carian mereka.

3) Mencipta Bio Yang Memukau

Bio? Apa tu bio? Alah, macam dalam gambar kat bawah ni.

Nampak tak macam mana IGshop ini menyusun atur bio dia? Ini sebagai contoh dan rujukan kepada anda,boleh jadikan contoh mana yang anda berkenan.

Kelebihan buat bio sebegini adalah, orang mudah tertarik dan nampak lebih profesional untuk bakal pelanggan mula membeli.

4) Logo

Bab yang ni memang wajib untuk dibuat. Kepentingan dia adalah untuk menampakkan jenama anda. Alah, macam KFC, McD, Samsung dan lain-lain.

Tips logo yang cemerlang adalah:

  • Mudah dibaca
  • Minimalis
  • Ada Tagline
  • Tidak mempunyai banyak font
  • Tidak mempunyai banyak warna

Contoh dia macam ni.

Yang kanan tu lebih style dan profesional, setuju? Purata harga membuat logo bermula dari RM 200 –  RM 1,500 bergantung pada designer dan jenis logo.

Saya boleh recomend satu syarikat yang betul-betul pakar dalam membuat logo ni. Kertas Printwork. Saya pernah berurusan dengan mereka dan ianya mudah dan cepat.

 

5) Posting

Lepas selesai semua yang diatas, kita kena adjust untuk postingan kita. Posting bermaksud menghantar tulisan, gambar atau video ke atas talian (Online). Nak ada kedai IGshop memang kena letak gambar kedalam Instagram kita. 

Bagi yang baru mencipta akaun kedai Instagram, anda digalakkan menambah posting 10 gambar/video didalam kedai ada. Kaedah ini adalah untuk tarik follower baru dan menampakkan yang anda betul-betul berniaga online Instagram.

Bagaimana nak posting di Instagram yangmenambat hati awek, Eh! hati pelanggan. Ini 3 tips WAJIB yang anda perlu buat.

  • Gambar yang lawa.
  • Lighting yang betul. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah.
  • Background cantik dan soft. Nak lagi padu, kontrakan gambar produk dan latar belakang.
posting instagram
posting instagram

Ini merupakan contoh yang baik. 


BONUS! 

Hah? Bonus apa tu? Ok, Untuk berniaga di Instagram, follower adalah amat penting. Semakin ramai follower Instagram semakin trusted kita punya kedai.

Macam hipotesis sains zaman sekolah. kikiki

Ok bonus kali ini saya nak kongsikan sedikit mengenai caption. Kenapa caption ni sangat penting? Caption yang menarik adalah untuk menarik bakal pelanggan untuk membeli produk atau pun servis kita.

Jadi apa cara nak bagi caption kita menarik tertarik memang Da Bomb?

  • “Readystock atau Pre-order”
    • Okay, yang ni amat penting bagi mereka yang bermain dengan produk. Sebab ramai yang suka dengan produk yang dah tersedia ada. Bagi mereka, beli hari ni, esok dapat. Ragaman pelanggan.
  • Corong Pemasaran
    • Contohnya, “10 orang terawal akan mendapat harga RM 10 sahaja, selepas itu harga akan naik kepada RM 100.”
  • Tawaran
    • Buat tawaran. Contoh ” Beli 1 dapat 10 free gift. Terhad kepada 11 orang sahaja.”
  • Pastikan letak Call-To-Action dan nombor anda.” Hantar wasap kepada kami untuk tuntut free gift ini.”

 

Ramadhan akan kunjung tiba tak lama lagi, jadi saya sarankan anda untuk bermula sekarang. Yelah, kalau tak mula sekarang takkan nak tunggu raya baru nak buat?

Gunakan panduan diatas sebagai rujukan untuk mula mengembangkan perniagaan anda. Tidak kisah anda baru atau lama dalam perniagaan ini. Perkemaskan lebih baik.

Oh, baru-baru ini Uncle Tiger Amiruddin, ada buat launching satu program SocialHack, yang mana program ni ada kongsi ilmu kepada peniaga bagaimana nak membuat duit sebelum puasa, waktu puasa dan lepas puasa.

 

Tahun lepas, saya lancarkan produk Clean Sprayz iaitu Spray Pencuci Tudung 30 Saat pada musim bulan puasa. Impak dia 7 hari pertama saya berjaya jual 10,000 botol dan secara keseluruhankempen bulan puasa saya, saya berjaya jual 100,000 botol.

Harga Pasaran sebotol ialah RM30. Cuba congak agak agak berapa jumlah jualan saya? 😉

Antara rahsianya ada B2B, opps, Business to business. Jangan risau, beliau trusted ini memang saya dah follow lama.

Cuba lah tengok di sini. SocialHack – Membantu Peniaga Buat Duit Cara Simple Bodoh

NOTA TAMBAHAN:

Mungkin ada yang pernah baca artikal saya sebelum ini Instagram: Cara Tingkatkan 1000 Follower secara PERCUMA. Amat mendukacitakan robot itu sudah tidak dapat wujud. Tetapi jangan risau! Kita ada solution lain, yang saya sudah cuba dan berkesan menjana follower dengan cemerlang.

Guna Phone Android pun boleh, tak jadi masalah. Boleh lah anda semua tengok aplikasi yang boleh membantu meningkatkan follower Instagram tanpa pening kepala. Baca kat sini – Software Kebal Untuk naikkan Follower Instagram.

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply