|

Hutang VS Raya. Ini Adalah Tips Kewangan Dari AKPK

Musim Raya dan Hutang. Ini adalah kebiasaan yang umat Islam di Malaysia sering lakukan. Iaitu berhutang untuk beraya.

Tujuan hutang adalah menukar segala-bala perabot rumah, pakaian, kereta dan gadget. Dah kenapa nak raya pun kena berhutang? Sedangkan Islam minta kita berserdahana dan raya adalah untuk meraikan kejayaan kita dalam berpuasa.

Jadi, tempoh hari PK menghadiri satu taklimat PERCUMA dari pihak AKPK di pejabat PK. Statistik yang diberi menunjukkan bahawa tahap keberhutangan orang Melayu adalah pada tahap tertinggi, diikuti oleh bangsa Cina, kemudian kaum India dan lain-lain.

Belia Melayu juga ramai yang diisytiharkan muflis.  Yang paling uniknya, mereka diisytiharkan muflis bukan sebab pinjaman peribadi atau pinjaman perumahan. Tetapi jadi muflis sebab hutang kereta.

Ya pembaca, hutang kereta boleh buat anda muflis. Syarat Utama untuk jatuh muflis adalah tidak membayar hutang yang minimanya adalah RM 30,000.

Sebelum kita pun jatuh muflis, mari kita ambil langkah berjaga-jaga.


Ini yang dikongsi dalam taklimat

1.Wajib. Ingat WAJIB buat aliran tunai.

Kerana kita perlu tahu apa perbelanjaan tetap dan perbelanjaan yang boleh ubah.

Contoh aliran tetap:
1) Rumah
2) Kereta
3) Personal loan

Contoh aliran  berubah:
1) Bil air / elektrik
2) Kos makan angin

2. AKPK Meletakkan Nisbah 40:40:20.

Hah? Apa tu?

Nisbah ini adalah peratusan pembahagian gaji anda.

40% – komitmen bulanan tetap
40% – komitmen bulanan boleh ubah
20% – saving boleh keluar dan tidak.

3. Simpanan

10% untuk saving tak boleh keluar
10% untuk saving kecemasan

Selain itu AKPK menambah bahawa, kesihatan kewangan ada dalam tahap bahaya sekiranya hutang melebihi 40%.

Kiraan mereka:
Hutang/komitmen ÷ Duit masuk (gaji)
Hendaklah kurang daripada 40%.

Anda boleh semak CCRIS anda di pejabat AKPK atau di Bank Negara untuk pastikan hutang-hutang anda.

Oh ya, sekiranya anda mempunyai masalah keberhutangan yang serius, anda boleh terus rujuk di Pejabat AKPK di Maju Junction KL. Bila anda sudah masuk daftar dengan AKPK, anda sudah tidak layak untuk  membuat sebarang pinjaman baru sehingga anda melunaskan pinjaman anda.

Sekiranya anda masih boleh kawal hutang anda, bayarlah sahaja seperti biasa.

Sekian, Selamat Hari Raya.

Berayalah dengan tenang

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *