fbpx

Anda Tidak Layak Makan Buffet Kalau Tak Tahu Tips Ini

Makan buffet adalah trend yang sangat hebat lagi-lagi pada bulan Ramadhan. Ramai yang mula iftar makan di luar pada minggu kedua Ramadhan.

Bayangkan pada kambing golek, ikan patin, satay dan bermacam lagi menu yang jarang kita rasa nak makan selain bulan Ramadhan. Tapi, tahukah anda bahawa harga makan buffet  paling rendah adalah pada RM 20 ?  (ini adalah harga tahun 2017)

Jadi macam mana kita nak pastikan apa yang kita makan itu sangat berbaloi dengan nilai yang kita bayar? Mari PK kongsikan cara PK makan buffet.


1. Makan Lauk Yang Mahal

Ada beberapa lauk yang boleh dianggap mahal seperti:

  1. Kambing golek
  2. Ayam rempah
  3. Satay
  4. Daging rendang
  5. Udang
  6. Ikan Bakar

Kenapa?

Kerana harga pasaran bagi kambing golek adalah RM 15 / 150gram. Manakala harga seketul ayam rempah adalah RM3. Jadi anda yang kena tentukan berapa banyak kuantiti yang patut anda makan untuk rasa berbaloi.

2. Elakkan Banyak Minum Air

Pergh, yang ni paling bahaya. Sebabnya kalau terlalu banyak minum air, perut kita akan jadi cepat kenyang. Bagi mengelakkan kerugian dalam makan buffet , pengurangan air manis pasti membantu anda makan dengan banyak.

Bukan tak boleh minum, biar berpada atau seteguk dua sahaja. Anggap itu sebagai appetizer anda untuk mula makan di samping melicinkan proses penghantaran makanan ke perut.

 

3. Elakkan Nasi

Kemonlah  brader, hari-hari dah makan nasi cuba kurangkan nasi untuk buffet yang anda bayar. Nasi mempunyai kanji yang banyak dan pasti akan membuat perut anda cepat kenyang. Kalau nak sangat, jadikan nasi itu suku senduk atau pilihan terakhir anda.

Kang rugi baru tahu.

 

4. Berhenti Sekejap

Eh, awak ni. Kalau dah musim bulan Ramadhan mestilah kena solat. Takkan nak tinggal perkara wajib kot? Rokok tak boleh tinggal pulak? (BURN)

Okey-okey, maaf. Kenapa PK minta berhenti sekejap lepas jamah makanan berat? Puncanya kita tidak mahu perut kita terkejut dengan kemasukan makanan yang banyak. Kita perlu makan dan kunyah secara  slow and steady.

Sunnah Nabi pun kata kunyah 40 kali. Hehe. Sambil-sambil tu clearkan perut tu supaya ada ruang untuk makanan masuk.

 

5. Selfie / Swafoto Dengan Rakan-Rakan

Haa, yang ini pelik. Kenapa PK minta kita selfie / swafoto? Sebabnya kita boleh lupakan makanan supaya perut kita boleh hadam makanan terlebih dahulu.

Kebiasaannya, pihak buffet  akan mula operasi mengemas dalam jam 9 malam. Jadi sempatlah kita mentekdarah  sisa-sisa lauk yang ada. Kalau diperhatikan banyak lauk-lauk biasa seperti kari, gulai dan sayuran akan mempunyai banyak baki dipenghujungnya.

Apa lagi? Sebatlah!

(PS: Untunglah wak doyok tangkap selfie dengan retis)

 

Ada lagi satu BONUS yang PK lupa nak kongsikan. Cara ini pasti mendapat keberkatan dari Allah. Iaitu:

Mulakan makan dengan Bismillah.

Okeh, ini saja perkongsian dari PK. Kalau ada apa-apa nak tambah boleh komen dan share.

Sekian sahaja dari Papakacak

Salam 18 Ramadhan 1438 Hijrah

Leave a Comment

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Share This