fbpx
bisnes online

5 Idea Bisnes Online Tanpa Modal Tahun 2018

bisnes online

Bisnes online.

Fuuhhh.. Lama tak menaip di dalam laman sesawang papakacak.com ni. Maaf lah, terpaksa fokus bisnes online dan juga kerja baru pada masa yang sama.  Makin hari makin ramai yang mula sedar untuk membina pendapatan kedua selain daripada makan gaji.

Jadi sekiranya korang tak tahu apa jenis yang korang boleh buat untuk tambah pendapatan kedua. Meh ini PK kongsikan  5 Idea Bisnes Online Tanpa Modal Tahun 2018 yang mungkin boleh bantu korang. InsyaAllah.

Yang last sekali hardcore sikit, so kita mula dengan simple mimple dulu kay?

Jadi, tenangkan diri dan mulakan dengan Bismillah.

 

1. Bisnes Dropship.

bisnes online

Ramai tahu terma Dropship ini sudah biasa digunakan dalam kalangan seller, tapi PK nak terangkan sedikit apa itu dropship. Mungkin ada yang tidak tahu,Dropship adalah kita menjadi ejen tanpa modal kepada sesetengah produk. Tetapi perlu ingat, bila bermula tanpa modal, komisen untung jualan barang boleh jadi rendah.

Sesetengah penjual meletakkan syarat sebelum menjadi dropship, ada yang meletakkan syarat kena beli satu dulu untuk melayakkan diri jadi ejen dropship tidak kurang juga meletakkan cas yuran minima sebelum bermula.

Kenapa? Because itu adalah hak seller, kadang-kadang dorang nak tampung kos mendaftar ejen baru.

Macam mana nak cari seller yang sesuai?

Alaa, korang pilh je produk apa yang hot demand, menjadi pujaan orang ramai. Lepas tu pergi ke mana-mana group fb atau guna hashtags produk tu. InsyaAllah jumpa. Korang PM la seller tu, tanya ada open dropship dak.

Ada juga yang buat dropship Iphone, tapi korang kena la kaji dulu harga yang sesuai. Contohnya macam Senarai Harga 2017.

Mudah je kan?

 

2. Servis

bisnes online

Servis ni antara yang paling mudah nak buat, sebab ianya bermula dengan apa yang ada di tangan. Sebagai contoh korang boleh memasak, so korang iklankan yang korang boleh buat katering untuk majlis dorang. Amik deposit dulu.

Yang lain seperti lipat baju, melukis, design baju, potong rumput dan lain-lain gak tau. Bagi PK antara yang paling mudah #namati adalah servis lipat kain. Mudah gila, offer kat jiran-jiran korang ataupun korang letak dalam group fb penduduk setempat.

Rugi kalau tak buat, sebab boleh jana income.

 

3. Affiliate Bisnes Online

bisnes online

Affiliate ni sama je macam dropship, dia boleh jadi online mahupun offline. Tetapi di Malaysia kebanyakan menjadi affiliate adalah untuk produk/servis digital. Hah? Apa tu produk/servis digital?

Ceit! Produk digital adalah produk/servis digital yang hanya dibuat untuk proses jual beli di alam maya a.k.a alam online ni ha. Kerja dia mudah je, korang bagi link affiliate korang lepas tu setel.

Contoh link affiliate untuk web hosting:

https://cp.roketserver.com/aff.php?aff=26

‘aff=26’ tu adalah unik id untuk kita. Ada banyak dah produk sekarang ni, korang kena cari sendiri. Komisen biasanya dari 30% – 60% ikutlah siapa punya produk. Ada yang bagi 100% tapi kenalah cari.

Ok, yang ni salah satu yang PK boleh cadang untuk korang daftar. Komisennya sampai 50%, tinggi tau..

Askar Affiliate

 

4. Personal Shopper.

personal Shopper bisnes online

Yang ini bermaksud korang belikan untuk orang lain. Sebagai contoh yang orang biasa buat adalah belikan barangan dari IKEA, atau pun bag berjenama maybe macam Birkin atau Bijan. Oppss.

Kelebihan ini sesuai sekiranya korang tinggal berhampiran dengan tempat sebegini. Yang penting korang kena rajin sikit je..

Ramai gak kenkawan PK buat konsep bisnes ni, ada yang delivery sendiri tidak kurang juga yang bekerjasama dengan syarikat logistik kawasan setempat untuk proses penghantaran.

 

5. Pre Order.

bisnes online

Haaaaa, yang ni yang paling berisiko, sebabnya korang bermain dengan barang yang tiada di tangan. Macam kes sebelum ni, kes Iphone Pre Order. Pernah dengarkan? atau pernah kena? hehe. Bagi kes pre order iphone ni, seller sebenarnya tidak salah, yang salah adalah supplier kepada seller.

Ramai yang tidak jangka yang mereka akan tersontot Iphone sebab pada awalnya mereka deliver kebanyakan Iphone. Sampai satu masa yang mana duit kutipan jadi banyak, maka si supplier dari neraka membawa lari wang berkenaan.

So, konsep pre order ni biasanya korang ambil duit  dari pelanggan terlebih dahulu dan kemudian membuat tempahan dan beri tempoh masa kepada pelanggan untuk membuat penghantaran. Kebiasaannya ada tempoh masa lebih dari seminggu – 30 hari.

Oh ya, ada juga yang tidak mengambil bayaran penuh, cukup sekadar duit booking sahaja dulu.

Nasihat.

Ini saja serba sedikit cerita atau idea untuk membuat bisnes online tanpa modal. Kalau nak lebih korang kena cari guru dan juga ilmu. Berlambak je ilmu free mahupun berbayar. Tapi yang paling penting adalah tindakan korang. Tindakan ini yang akan menentukan korang ada duit tambahan atau tidak.

Sekiranya korang dah usaha, tapi tiada hasil, cuba cek balik mana silap korang. Kat mana yang korang perlu baiki. Setiap proses ada jatuh bangunnya. Umpama ” Takkan kahwin hari ni, esok dah beranak?”Oppss..

Ada sahabat PK yang pesan, “Nak kaya atau nak tenang?” Jadikan ini sebagai tujuan / BIG why korang kay. =)

Andai kata korang ada modal lebih sedikit, apa kata korang cuba berniaga di Shopee. Sebab Shopee tidak kenakan cas sekiranya korang berniaga di platform mereka. Shopee juga tak perlukan SSM untuk korang mula niaga, so boleh bukak kedai tanpa SSM dan tak perlu cari trafik tambahan.

Tak tahu cara nak berniaga di Shopee?

Ni PK nak recommend satu produk digital yang korang boleh belajar berniaga di Shopee dan korang boleh borong direct dari CHINA. WOW! 2 in 1 terus produk ni.

Testimoni borong china bisnes online testimoni shopee bisnes online

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Korang boleh dapatkan produk digital ini dari OtaiNiaga.com ni.

Atau pun korang klik pada gambar di bawah ini untuk dapatkan produk yang super ini.

 

 

 

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Share This