|

Fakta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Facebook

Fakta ini mengenai Facebook ini mungkin berbeza versi, tetapi mari kita ambil pelajaran yang ada.

Ramai yang tahu bahawa Fb dicipta di bilik dorm oleh roomate iaitu  Mark Zuckerberg, Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin and Chris Hughes ketika mereka masih di Havard University.  Jadi kat sini #papakacak kongsikan serba sedikit info yang mungkin anda tak tahu.

Tahun 2003,

  • Facebook dipanggil Facemash.
  •  Menyenaraikan gambar pelajar Havard dan pilih ‘Hot or Not’ konsep untuk diundi

Tahun 2004

  • 4 sekawan membuat semula dan menyenaraikan domain thefacebook.com
  • menggunakan warna tema biru seperti sekarang kerana Mark rabun warna, dan biru ini saja yang dia suka.
  • Terima suntikan dana USD 500,000 pada akhir 2014, dan terus berhenti untuk set-up FB Hq kat California.

Selepas Facebook mula membuat wang, Mark terima lagi dana USD 1.27 juta pada tahun 2005 dan USD 27.5 juta tahun 2006.

Pada saat thefacebook.com mula live, ianya hanya mempunyai sebanyak 650 pengguna sahaja. Selepas 9 bulan Fb mula mempunyai lebih sejuta pengguna aktif. Mark menukar domain kepada facebook.com

Sebelum FB menggunakan logo seperti sekarang, Fb sebenarnya menggunakan logo dengan wajah seseorang disebalik kod programming. Sebenarnya adalah gambar artis bernama Al Pacino.

the facebook

Untuk menjaga brand Facebook, Mark mengambil langkah dengan membeli lebih 1900 domain url yang berkaitan dengan Facebook. Seperti FB.com, IHateTheFacebookLikeButton.com dan FacebookCreditsSuck.org

Facebook sangat berbeza berbanding syarikat teknologi yang sedia ada ketika itu. Banyak syarikat yang sangat membenci hackers atau penggodam. Tetapi FB mempunyai pandangan lain iaitu memberi sagu hati sebanyak USD 500 bagi mana-mana penggodam yang dapat mengesan masalah pada Facebook. Paling banyak dibayar adalah USD 40,000.

Seorang pelajar bernama Chris Putnam pada tahun 2005 telah meletakkan virus untuk menukar paparan Facebook seperti pesaingnya Myspace. Lalu COO Facebook, Dustin Moskovitz mula menghubungi Putnam  dan menawarkan beliau bekerja sebagai jurutera di FB HQ.

Bekerja di syarikat teknologi Facebook menjadi idaman ramai kerana gaya kerja yang santai dengan mempunyai game arcade, makanan percuma melalui vending machine, ada treadmill dan segala kelengkapan bersantai.

Oh ya, gaji Mark Zuckerberg hanya USD 0.0833 sen /sebulan bersamaan USD 1.

Bagi PK, FB melalui perjalanan yang jauh untuk ketahap sekarang. Begitu juga kita dengan kehidupan kita. Tetapkan matlamat kita. Jangan mengalah. kipidap

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *