fbpx
Kingsman

Spy Gadget Dari Kingsman Lagi Dasyat Dari Bond

Kingsman

Bond adalah lagenda dalam dunia spy kerana telah bermula lebih lama Kini nampaknya James Bond sudah ada pesaing terbaru, Kingsman.

Apa bestnya filem ni? Korang boleh tengok dengan gaya hipsternya, tuxedo , kaca mata dan rambut sikat rapi itu sudah cukup memadai. Spy  yang sangat kemas. British Style katanya. Nak tengok Spy Gadget  yang pernah digunakan dalam filem Kingsman: The Secret Service?

1) Kingsman Signet Ring

 

Cincin ini mampu mengalirkan arus tenaga elektrik untuk melumpuhkan musuh. Biasanya diguna pakai di jari kelingking. Kononnya cincin ini mampu mengalirikan arus elektrik sebanyak 50 000 volt. Banyak woooo boleh mati musuh.

 

2)Payung

Payung ni sangatlah rare. Sebabnya mempunyai Augmented Reality(kamera dan skrin) , kalis peluru dan boleh tembak.Memang selamatlah kalau nak tembak orang dekat-dekat. Yang aku hairannya, mana datang peluru pulak ni?

3) Jam Pintar

Ini bukan sebarang jam bang, jam ni boleh tembak peluru keluar. Harry Hart(pelakon) guna jam ini untuk tembak ketika berlawan di Black Prince Club. Yang penting sebenarnya, jam ini ada dijual dipasaran tetapi tak boleh tembaklah kan. Harga dia nak tahu berapa?

Paling murah adalah £4,595.00 iaitu RM 22951.11. Bolehlah beli Viva sebiji. Asyuukkk

4)Pistol Kingsman

Kalau dalam cerita James Bond, pistolnya hanya boleh ditembak oleh dia sahaja. Penuh dengan ciri keselamatan. Tetapi, uniknya pistol dalam cerita ini adalah dua salur tembak. Satu salur tembak menggunakan peluru pistol manakala lagi satu menggunakan peluru shotgun. Pergh! berkecai kalau kena tembak.

5) Pen Kingsman

Kingsman

“What do you expect? This pen can explode?”

Ini salah satu perbualan apabila Harry Hart bertanya kelebihan pen ini. Seperti cerita James Bond, sebatang pen boleh digunakan untuk membuat bom. Lain pula dengan filem Kingsmen yang mana pen ini mengandungi racun toksik yang boleh membunuh orang dalam senyap.

 

Jadi ini adalah antara spy gadget yang anda dalam filem ini. Sebenarnya ada lagi gadget lain seperti pemetik api yang menjadi bom dan kasut yang mengeluarkan pisau. Yang tu korang kena tengok sendiri la dekat wayang.

Oh ya, hari ini (21/09/2017)  dah launch Filem terbaru ni. Kingsman : The Golden Circle. Daripada sumber terbaru yang PK dapat tahu filem ini dapat rating yang baik.

 …..the film has an approval rating of 60% based on 54 reviews, with an average rating of 7.8/10. …

Banyak juga rating tu mesti menarikkan?

Nanti korang kongsikanlah pendapat korang mengenai filem terbaru ini.

 

Baca pasal Gadget terbaru dari Apple.

Iphone X, Best Sangat ke?

Leave a Comment

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Share This